Laman Khas Teknologi

10 kerja part-time (online) untuk mendapat pendapatan tambahan di Malaysia

Pada era digital zaman sekarang, tidak pernah ada masa yang lebih baik untuk memulakan kerja sampingan atau part-time di Malaysia. Dan siapa tahu, anda mungkin mengubahnya menjadi kerjaya sepenuh masa suatu hari nanti. Terdapat 10 kerja sampingan yang boleh anda lakukan di mana-mana, sambil mengekalkan pekerjaan harian anda sambil menjana wang dalam masa yang sama.

Kerja-kerja sampingan atau part-time di Malaysia

Pemandu E-hailing

E-hailing adalah satu industri yang amat popular dan boleh dikatakan antara salah satu industri yang pertama bermula di zaman digital Malaysia. Sebagai sebahagian daripada trend ekonomi di era moden, E-hailing ialah salah satu sektor yang paling pesat berkembang dan paling berjaya.

Industri E-hailing telah mencapai AS$61 bilion (kira-kira RM252 bilion) yang dipengaruhi oleh peningkatan trafik dan perindustrian dan perkembangan ini juga dijangka akan terus meningkat. Antara platform E-hailing yang popular digunakan di Malaysia adalah Grab, Lalamove dan yang terbaru, AirAsia Ride.

Grab atau AirAsia Ride menfokuskan lebih kepada pengangkutan kenderaan, manakala Lalamove, adalah satu servis pengangkutan barangan. Terdapat banyak lagi platform yang boleh digunakan didalam industri ini. Kesemuanya berkongsi kelebihan yang sama, iaitu anda boleh menguruskan masa kerja sendiri dan bayaran adalah mengikut masa kerja anda.

Penghantar barangan dan makanan

Dengan populariti servis pengantaran secara online di waktu ini, tiada apa yang tidak boleh diperolehi di dalam talian. Setiap produk yang anda perlukan tersedia di dalam talian dan boleh dihantar ke depan pintu.

Penghantaran barangan dilihat antara pekerjaan yang paling diminati, terutamanya dikalangan orang muda. Terdapat banyak juga platform yang boleh dipilih untuk bekerja seperti Foodpanda, Grab, Lalamove dan banyak lagi.

Penjualan atas talian

Pekerjaan ini tidak perlu diperkenalkan kerana ramai individu telah memulakan dan menggunakan perniagaan di atas talian pada zaman ini. Platform seperti Shopee, Lazada ataupun Facebook, banyak memberi peluang kepada peniaga kecil dan besar untuk memulakan penjualan atas talian.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menjual barangan kepunyaan anda untuk mendapatkan hasil. Platform seperti Mudah atau Carousell boleh digunakan dengan mudah tanpa sebarang komisen atau bayaran yang dikenakan atas penjualan.

Menjadi Youtuber

YouTube adalah platform dinamik, berdaya saing dan satu usaha sampingan yang makin mendapat tempat dikalangan masyarakat muda mahupun yang sudah berumur. Populariti YouTube semakin meningkat dengan pesat kerana potensi kewangannya.

Anda boleh memulakan saluran anda pada platform media sosial dengan perkongsian video dengan pelaburan yang minimum, dan sebelum anda sedar, anda telah menjadi popular dan berjaya menambah satu lagi mod pendapatan pada portfolio kewangan anda.

Menyewa rumah atau tempat

Jika anda mempunyai tempat yang tidak terpakai, anda boleh mengubahnya menjadi rumah sewaan dengan menggunakan platform seperti Airbnb. Platform ini dilihat antara cara terbaik untuk memperoleh pendapatan pasif dan bertemu orang yang menarik dari seluruh dunia.

Ia tidak memerlukan kos sedikit pun untuk menyenaraikan tempat anda, dan anda boleh memilih untuk menjadi hos tetamu pada bila-bila masa sahaja anda mahu. Anda boleh tinggalkan cara lama untuk menyewa tempat, dan boleh bermula untuk menggunakan platform seperti Airbnb. Boleh cuba dahulu!

Mengajar di atas talian

Menjadi tutor ialah salah satu pekerjaan dalam talian yang paling menguntungkan pada tahun 2021. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, perkhidmatan pendidikan telah beralih kepada pembelajaran maya dan ia semakin mendapat tarikan di seluruh Malaysia.

Dengan bermodalkan telefon pintar dan internet, anda sudah boleh menjadi tenaga pengajar dan menjalankan pembelajaran di atas talian dengan bantuan platform video dan sosial media. Mungkin pada masa depan nanti, kita semua hanya perlu belajar di internet tanpa perlu pegi ke sesuatu tempat. Ini amat memberi galakan pada pengajar di atas talian dan dijangka lebih ramai lagi individu boleh menuntut ilmu dengan amat mudah.

Bekerja bebas ( Freelancing )

Pada yang tidak tahu, Freelancing atau pekerjaan bebas ialah istilah umum yang membolehkan anda memperoleh pendapatan dengan menjual perkhidmatan atau kemahiran anda dalam bidang kepakaran anda sendiri.

Anda boleh bekerja sebagai kontraktor bebas, pelanggan atau sebagai perunding yang bekerja sendiri untuk mendapatkan wang dalam talian setiap jam, mingguan, bulanan atau projek.

Pertalian pemasaran (Affiliate Marketing)

Jika anda adalah seseorang yang bergantung pada pendapat atau nasihat, maka Pertalian Pemasaran (Affiliate Marketing) adalah pekerjaan sampingan yang hebat untuk anda. Pekerjaan ini mungkin memerlukan pengalaman di dalam bidang pemasaran, tetapi pada individu yang baru bermula, industri ini juga senang untuk dipelajari.

Jika anda sudah menjalankan akaun media sosial yang berjaya dan mempunyai ramai pengikut di Instagram atau Facebook, maka anda boleh menggunakannya untuk menjadi pemasar yang berjaya.

Menangkap gambar dan jual di atas talian

Anda tidak perlu menjadi jurugambar profesional untuk menjual gambar. Mana-mana media seperti gambar ataupun video boleh dijual secara atas talian di platform seperti Shutterstock atau Canva. Platform seperti ini akan membayar hasil media anda samada dengan harga tertentu bergantung kepada jumlah dan kualiti gambar tersebut.

Seperti yang dikatakan, anda boleh menggunakan gambar yang ringkas dan bersahaja seperti gambar keluarga, barangan, ataupun kawasan sekeliling dengan hanya menggunakan telefon pintar. Maksudnya, bukan gambar perkahwinan sahaja boleh dijual, tetapi gambar-gambar lain juga boleh menjana pendapatan tambahan untuk anda.

Mencipta Blog

Blogging boleh menjadi pekerjaan sampingan yang hebat untuk menjana wang tambahan, tetapi ia juga boleh bertukar menjadi pendapatan sepenuh masa. Blogging juga ialah salah satu kerja sampingan terbaik untuk dilakukan dari rumah, atau di mana-mana sahaja di dunia. Ia membolehkan anda membina jenama peribadi sambil memiliki aset anda sendiri. Anda juga boleh menulis tentang minat anda. Memulakan blog dalam bentuk yang anda fahami membolehkan anda menjangkau khalayak yang berkongsi minat yang sama seperti anda. Kandungan seperti perniagaan, kecantikan dan kereta ialah beberapa niche yang popular untuk menjalankan blog sambilan.

Anda boleh menjana wang dengan blog melalui beberapa cara, iaitu menambahkan Pertalian pemasaran (Affiliate Marketing) pada siaran anda atau memuat naik ke kedai dalam talian, tempat anda menjual produk.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi