Perkhidmatan rangkaian 5G yang dinanti-nantikan itu dijangka akan sedia menjelang Disember tahun ini, menurut Digital Nasional Bhd (DNB). Ketua Pegawai Eksekutif DNB Ralph Marshall berkata, pengguna akan dapat merasai sendiri perkhidmatan tersebut di Cyberjaya, Putrajaya dan Kuala Lumpur, pada mulanya.
Penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G boleh dilaksanakan di dalam negara hasil integrasi rangkaian multi-operator core network (MOCN) bersama mobile network operators (MNO).Sebaik sahaja perkhidmatan 5G dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun 2021, pengguna peranti 5G akan dapat menikmati kelajuan Internet sekurang-kurangnya 100 Mbps.
Rangkaian 5G menurut DNB, merupakan peristiwa bersejarah, bukan sahaja untuk industri telekomunikasi mudah alih Malaysia, tetapi juga di industri peringkat global.


