Laman Khas Teknologi

Bisnes atas talian di jualan 11.11.

Platform dalam talian, dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan, telah menawarkan pelbagai diskaun dan promosi untuk pembeli pada jualan 11.11 yang lalu.

Tahun lepas, Lazada Malaysia telah memecahkan rekod jualan 11.11 merentasi pelbagai kawasan, di mana telefon bimbit dan tablet merupakan kategori jualan nombor satu. Promosi “11 kali ganda wang dikembalikan, harga terendah” dijamin Lazada, akan membolehkan pengguna membeli-belah dengan yakin manakala “Tawaran Elektronik Mesti Beli” akan menampilkan tawaran eksklusif pada pelancaran produk serba baharu. Apa yang menjadikan jualan 11.11 2021 tahun ini unik, adalah, jualan kali ini akan mempunyai Bonus Lazada dan penghantaran percuma paling banyak pernah ditawarkan sepanjang tahun.

Sementara itu, kempen Jualan Besar 11.11 Shopee menampilkan bintang Hong Kong, Jackie Chan untuk mendapat minat yang lebih meluas oleh pembeli. Pada platformnya, pelanggan akan menikmati diskaun sehingga 95%, penghantaran percuma tanpa pembelian minimum serta tawaran RM1 semasa jualan ini berlangsung. Pembeli dalam talian untuk kali pertama juga akan mendapat faedah penjimatan lebih banyak kerana mereka akan menerima RM100 apabila mereka mengaktifkan ShopeePay. Pembeli bertuah ini juga akan layak mendapat kredit ShopeePay RM25 jika berjaya mengaktifkan akaun mereka.

Perusahaan kecil dan sederhana tempatan juga tidak melepaskan peluang seperti kedai komputer, Pcbyte, yang memberi penghantaran percuma dan mengadakan diskaun yang berpatutan pada sesetengah produk mereka.

Jelas sekali bahawa jualan 11.11 tahun ini amat mengalakkan dan memberi peluang yang besar kepada penjual barangan dan juga pembeli itu sendiri.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi