Syarikat penerbangan AirAsia merasmikan perkhidmatan baru yang dipanggil AirAsia xpress dalam usaha mengembangkan perniagaan digitalnya untuk menambah pendapatan syarikat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
AirAsia xpress dikuasakan oleh Teleport, iaitu sebuah cabang logistik AirAsia. Pada permulaan, AirAsia xpress akan beroperasi di beberapa bandar utama dan negeri di Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Penang, Ipoh dan Kota Kinabalu.
Dengan pengunaan aplikasi SuperApp dari AirAsia, penggunaan servis ini dapat meningkatkan dan mengembangkan perniagaan pengguna aplikasi tersebut, terutamanya pada zaman sektor e-dagang yang berkembang pesat.
Memandangkan kelajuan penghantaran amat dititikberatkan di barisan hadapan dalam strategi e-dagang, penambahan baharu AirAsia xpress yang dikuasakan oleh Teleport ini, boleh membawa pemangkin kepada industri dan mengesahkan komitmen AirAsia untuk penghantaran lebih baik, lebih pantas dan terutama sekali, lebih murah.


