Laman Khas Teknologi

Boost memulakan servis penghantaran makanan dengan Boost Makan

Boost, satu aplikasi e-wallet tempatan yang popular di Malaysia telah memperkenalkan Boost Makan, iaitu sebuah platform tempahan makanan untuk membantu peniaga F&Bnya membawa perniagaan mereka dalam talian.

Bagi yang ingin menjual di aplikasi Boost Makan ini, penjual boleh mengakses Boost Makan menerusi aplikasi Boost Biz dan mendaftar untuk platform pesanan makanan. Platform ini memanfaakan aplikasi e-wallet Boost, di mana pengguna boleh mengakses dan mencari pilihan untuk membuat pesanan makanan.

Penggunaan platform ini tidak dikenakan yuran pendaftaran pada waktu terhad sahaja. Berkenaan komisen pula, tidak diketahui lagi berapa jumlah komisen yang akan diambil daripada setiap transaksi penjualan.

Dengan pelancaran Boost Makan, syarikat Boost menyertai AirAsia dan Shopee dalam persaigan industri servis penghantaran makanan yang kebanyakannya, didominasi oleh platform Grab dan Foodpanda.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi