Laman Khas Teknologi

Spider-Man: No Way Home raih kutipan pecah panggung di Box Office Antarabangsa

Sony/Marvel’s Spider-Man: No Way Home sedang mengumpulkan kutipan mega yang hebat di dalam pelancaran filem di luar negara. Pelancaran penuh hari Rabu, 15/12 di pasaran global, telah mencapai kutipan berjumlah$43.6 juta.

Filem arahan Jon Watts itu juga telah mencipta banyak rekod, dan sedang berusaha untuk melepasi unjuran industri untuk hujung minggu. Selain itu, filem yang dibintangi oleh Tom Holland ini telah mencipta rekod hari pembukaan era pandemik di Korea. Filem ini juga menjadikan pelancaran filem terbaik yang pernah ditayangkan di UK dengan kutipan, $10.1 juta.

Spiderman vs James Bond

Debut filem ini mengungguli box office di United Kingdom (UK), yang berjaya menewaskan filem James Bond iaitu No Time To Die yang hanya mengutip, $6.6M pada hari pertama tayangan pada 30 September yang lalu. Apa yang menarik, ia ini telah mengalahkan filem James Bond yang popular dikalangan penonton di UK dengan kedua-dua bintang utama filem ini, iaitu Tom Holland dan Daniel Craig, berasal dari negara United Kingdom (UK).

Kutipan di negara lain

Spiderman: No Way Home juga meraih kutipan $9Juta di Mexico untuk hari pembukaan terbesar yang pernah ada di pasaran negara Mexico. Ini telah mengatasi filem Avengers: Endgame apabila mengecualikan pratonton filem itu.

Di Perancis, filem ini mempunyai permulaan sebanyak $4.3 juta iaitu 2% berbanding Avengers: Infinity War. Manakala, Rusia mencatatkan hari pembukaan No. 3 sepanjang masa dengan $3.5 juta, dan Itali memberikan Sony hari pembukaan terbaiknya dengan $3.4 juta.

Terdapat juga berita menggalakkan dari Asia, khususnya Taiwan, yang mencatatkan kutipan $1.4 juta. Sementara itu, di Korea Selatan masa kini, Spiderman: No Way Home menambah anggaran $3.3 juta untuk dua hari sebanyak $8.58 juta dan 95% bahagian pasaran, di mana perintah berkurung 10 malam akan bermula kembali mulai hari Sabtu di Korea Selatan.

Filem arahan Jon Watts ini sekali lagimencipta rekod prajualan di luar negara yang turut menyaksikan pelancaran di UK, Perancis, Rusia, Mexico dan Itali. Di Perancis, filem ini secara meluas mengatasi filem lain semasa debut tayangan pertama di Paris, yang menyaksikan Tom Holland sendiri berada di sana bagi mempromosikan filem tersebut.

Spiderman: No Way Home memulakan pratonton domestik pada hari Khamis 16/12 di Jerman, Brazil, Belanda, India dan Sepanyol, dan di negara yang lain.

Spiderman di Malaysia

Gambar: TGV Cinemas

Filem Spiderman: No Way Home telah mula ditayangkan pada hari Rabu, 15/12 di seluruh pawagam di Malaysia dan pembukaan awal menyaksikan filem ini amat mendapat sambutan yang hebat dikalangan penonton filem negara.

Filem ini adalah filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2021 dengan sasarab pembukaan global berjumlah $290juta, yang sememangnya boleh berkembang menjadi jumlah yang lebih besar pada masa akan datang. Bagaimanapun, kita perlu sentiasa berhati-hati memandangkan kesan virus Covid-19 ini yang belum berakhir.

Jadi apa tunggu lagi, pada yang ingin menonton filem Spiderman: No Way Home, boleh menonton di pawagam berdekatan anda dan pastikan SOP sentiasa dijaga semasa menonton.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi