Laman Khas Teknologi

Pasangan suami isteri dituduh mencuri Bitcoin bernilai $4.5 bilion

Sepasang suami isteri telah ditangkap pada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) kerana didakwa cuba menapis Bitcoin yang dicuri bernilai kira-kira $4.5 bilion. Penangkapan ini berkaitan dengan kes pertama penggodaman pasaran pertukaran pada 2016. Sekurang-kurangnya 120,000 Bitcoin telah dicuri pada masa itu, dan dipercayai bernilai $65 juta.

Pihak berkuasa AS telah mengenal pasti Ilya Dutch Lichtenstein dan Heather Morgan sebagai dalang di sebalik operasi itu. Walaubagaimanapun, pihak berkuasa Amerika Syarikat tidak mengaitkan mereka secara terbuka dengan penggodaman sebenar pertukaran mata wang kripto. Siasatan masih dijalankan terhadap kes tersebut.

Pasangan Pencuri

Pasangan suami isteri, lya “Dutch” Lichtenstein dan Heather Morgan dituduh bersubahat untuk mengubal 119,754 bitcoin yang dicuri selepas seorang penggodam menceroboh Bitfinex dan memulakan lebih daripada 2,000 transaksi tanpa kebenaran. Pegawai Jabatan Kehakiman (AS) berkata urus niaga pada masa itu bernilai $71 juta dalam bitcoin, tetapi dengan peningkatan nilai mata wang itu, nilainya kini melebihi $4.5 bilion.

Menurut profil LinkedIn mereka, Lichtenstein dan Morgan telah menyenaraikan diri mereka sebagai pekerja SalesFolk sejak 2009 dan 2014. Biografi LinkedIn Morgan menyatakan dia sebagai bekas kolumnis di Inc Magazine dan Forbes. Lichtenstein pula pernah bekerja di MixRank, Endpass dan 500 Startups.

Apa yang menarik, pasangan itu mempunyai profil awam yang aktif, dengan Morgan dikenali sebagai penyanyi rap “Razzlekhan” dan menggelarkan dirinya sebagai “Buaya Wall Street.”. Die juga pernah menulis artikel di Forbes, memberi amaran tentang “penjenayah siber dan penipu” yang mengambil kesempatan daripada wabak COVID-19. Penjenayah yang dituduh ini menghabiskan beberapa tahun lepas menghasilkan lagu single dengan nama seperti “Gilfalicious,” “Pho King Badd Bhech” dan “Versace Bedouin,” sambil turut menyayi rap tanpa henti di media sosialnya.

https://www.youtube.com/watch?v=-38TQeQrQ88

Rompakan dan pengodaman terbesar

Di dalam kes ini, petunjuk utama mungkin datang daripada kemunculan pasaran gelap digital pada 2017 yang digunakan untuk mengubal sebahagian daripada wang yang dicuri. Pegawai A.S. berkata sebahagian daripada wang itu telah dipindahkan ke AlphaBay, sebuah versi eBay yang menjual apa sahaja di Dark Web.

Kedua-dua pasangan tersebut menghadapi pertuduhan atas konspirasi pengubahan wang haram dan konspirasi untuk menipu pihak Amerika Syarikat, yang membawa hukuman maksimum 25 tahun. Mereka hadir di mahkamah persekutuan berikutan penahanan mereka, di mana hakim memerintahkan bon $5 juta untuk Lichtenstein dan bon $3 juta untuk Morgan.

Penangkapan dan rampasan itu telah menjadikan kes ini, bukan sahaja salah satu penggodaman terbesar tetapi salah satu rompakan terbesar yang pernah berlaku.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi