Satu kajian baharu telah mendedahkan negara yang mempunyai masalah ketagihan telefon pintar yang paling tinggi. Penyelidik di Universiti McGill, Kanada, menggunakan data penggunaan telefon pintar antara 2014 dan 2020 daripada hampir 34,000 peserta di seluruh dunia. Secara keseluruhan, negara China, Malaysia, dan Arab Saudi telah menduduki tempat ketiga teratas di dalam senarai tersebut.

Skala ketagihan telefon pintar ini, digunakan secara meluas untuk mengukur ketagihan telefon pintar. Ia termasuk aspek yang berkaitan dengan kesan ke atas kehidupan seharian, penggunaan telefon mudah alih yang tidak terkawal, dan penarikan diri daripada ketagihan telefon pintar.
Subjek yang dinilai, berumur antara 15 dan 35 tahun, dengan purata umur 28.8 tahun, dan majoriti subjek merupakan wanita (60%). Penyelidik juga mengira penggunaan telefon pintar bermasalah di setiap negara, antara 10 hingga 60. China menduduki tempat tertinggi, dengan skor 36 daripada 60.
Penggunaan telefon pintar bermasalah meningkat di seluruh dunia antara 2014 dan 2020, dan kami menjangkakan trend ini akan berterusan
Pengkaji di Universiti McGill
Berbeza di setiap negara
Kemungkinan di sebalik skor yang berbeza antara negara ini telah dispekulasi sebagai norma sosial dan jangkaan budaya yang berkaitan dengan motivasi untuk terus berhubung melalui telefon pintar. Negara seperti Jerman dan Perancis adalah “individualistik dan longgar dari segi budaya,” menjadikan mereka kurang berkemungkinan untuk mempromosikan norma sedemikian.
Secara keseluruhannya, didapati bahawa penggunaan telefon pintar yang bermasalah semakin berkembang di seluruh dunia dan boleh mengakibatkan “akibat psikologi.” Pihak penyelidik itu juga berharap, bahawa keputusan itu akan membantu penyelidik dan pembuat dasar dalam mengukur serta meramalkan masalah penggunaan telefon pintar, dan cara menanganinya dengan berkesan.


