AirAsia sedang dalam rancangan untuk menggunakan kapal terbang VX4 electric vertical take-off (eVTOL) bagi melancarkan perkhidmatan teksi udara di bandar-bandar sekitar Asia Tenggara termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia.
Di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 16 Februari semasa Pertunjukan Udara Singapura, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia itu akan mengambil tempahan sekurang-kurangnya 500 unit oleh syarikat Avolon.
Kapal terbang VX4
VX4, yang dibangunkan oleh syarikat penerbangan Britain Vertical Aerospace, ialah pesawat pandu yang boleh memuatkan empat penumpang dan mempunyai jarak lebih 100 batu dengan kelajuan tertinggi 200mph. Ia didakwa boleh menjadi hampir senyap ketika dalam penerbangan. Kosnya juga sangat rendah bagi setiap batu perjalanan dan hanya mengenakan kos yang lebih sedikit daripada teksi biasa kepada penumpang
Tahun lepas, Avolon yang berpangkalan di Ireland, telah meletakkan 350 pesawat lagi, yang dijangka akan ditambah pada portfolionya pada 2025 dengan Japan Air Lines dan syarikat penerbangan Brazil Gol dan Grupo Comporte. Pesawat itu masih dalam pembangunan, dengan sasaran tahun 2024 untuk kegunaan komersial.

Servis teksi udara AirAsia
Kami pada masa kini adalah lebih daripada sekadar syarikat penerbangan dengan lebih 20 produk dan perkhidmatan pada Super App kami yang memanfaatkan antara satu sama lain, termasuk penerbangan, hotel, makanan, runcit, penghantaran, panggilan perjalanan dan banyak lagi
Tony Fernandes, CEO Capital A
AirAsia mempunyai cita-cita untuk melancarkan perkhidmatan teksi udaranya pada tahun 2022. Walaubagaimanapun, tiada waktu spesifik yang ditetapkan untuk penggunaan kapal terbang di ruang udara dalam masa terdekat. Dengan persaingan yang semakin sengit antara syarikat e-hailing, penggunaan teksi terbang ini pasti menarik membuatkan ramai teruja dan mengambil perhatian tentang kebolehan teknologi tersebut.


