Datuk Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd telah menjadi tumpuan selepas satu keterangan mahkamah membabitkannya menerima rumah yang dibeli menggunakan wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Pastinya ramai ingin tahu tentang perkembangan kes tersebut, lebih-lebih lagi, ianya melibatkan salah satu syarikat yang terbesar di Malaysia
Siapa Rohana Rozhan
Rohana Rozhan dilahirkan pada tahun 1970 dan pada tahun 2022 ini, usianya ialah 51 tahun. Dia telah menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan di Harvard Business School dan Universiti Kent. Rohana terkenal apabila menjadi menjadi CEO Astro pada 2006 dan Group CEO pada 2012. Beliau pada waktu itu menjadi salah seorang eksekutif wanita paling berpangkat tinggi dalam industri hiburan Asia.
CEO Astro
Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rohana memperjuangkan kepelbagaian kaum dan jantina dalam syarikat Astro, dengan alasan bahawa kedua-duanya bagus untuk perniagaan dalam industri yang didorong oleh pengguna.
Hasil daripada itu, pelanggan Astro meningkat daripada 2 juta kepada 5.5 juta, manakala hasil meningkat sebanyak $450 juta (US) kepada $1.36 bilion (US) untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2018.
Selepas 20 tahun di dalam industri, Rohana meletakkan jawatan sebagai CEO pada 31 Januari 2019 dan telah diganti oleh Ketua kandungan & pengguna Astro, Henry Tan.
Kes 1MDB
Seorang bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner mendakwa dalam keterangan, mengatakan beliau telah diperas ugut dalam satu pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). dan nama Rohana Rozhan terbabit dalam dakwaan tersebut.
Laporan yang lebih spesifik menyatakan, Leissner mendakwa, seorang CEO organisasi media yang mempunyai hubungan sulit dengannya, bermula pada 2003 hingga 2013. Die juga mendakwa Rohana Rozhan memaksa untuk dibelikan rumah bernilai AS$10 juta, selepas diugut untuk didedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.
Kes berikut masih lagi berada dalam siasatan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas CEO Astro itu.


