Tesla, syarikat yang popular dengan kenderaan elektrik, telah mula menjual produk yang dikhaskan oleh kenderaan futuristiknya, CyberTruck. Tesla telah mula menjual aksesori seperti wisel dan baru-baru ini juga, syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat itu, telah mula menjual ATV empat roda khas untuk kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk telah menggesa 65.1 juta pengikut Twitternya untuk membeli Cyberwhistle berharga $50 (RM211.55) yang diilhamkan oleh bentuk kereta Cybertruck yang akan datang. Apa yang mengecewakan, Cyberwhistle telah kehabisan stok.
“Diinspirasikan oleh Cybertruck, Cyberwhistle edisi terhad ini ialah koleksi premium yang diperbuat daripada keluli tahan karat gred perubatan dengan kemasan yang digilap (polished finish). Wisel termasuk ciri lampiran bersepadu untuk fleksibiliti tambahan.”
Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla
Produk ‘Cyber’ terbaru yang dilancarkan adalah ‘Cyberquad for Kids’ bernilai $1,900(RM8038.90). ATV ini sedia untuk dipesan mulai sekarang dari laman web Tesla, dan akan mula dihantar dalam masa dua hingga empat minggu. Pengumuman mengejut itu datang lebih daripada dua tahun selepas Tesla mengumumkan Cyberquad ATV bersaiz penuh untuk dipakai bersama Cybertruck futuristiknya. Tambahan pula, Cyberquad ini masih belum dihantar.
Cybersquad bersaiz kecil ini direka untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas dan dipacu oleh ciri-ciri seperti rangka keluli, tempat duduk berkusyen, dan suspensi boleh laras dengan brek cakera belakang. Malah terdapat bar lampu LED untuk melengkapkan rupa cyberpunk. ATV elektrik ini mempunyai kelajuan tertinggi 10mph, dan bateri akan berkuasa sehingga jarak 15 batu.
Kedua-dua produk ini boleh dinilai dengan harga yang tinggi berbanding dengan wisel dan ATV yang biasa di pasaran, tetapi ianya berharga paling rendah dalam barisan produk Tesla yang sedia ada setakat ini.














