Cristiano Ronaldo sudah biasa memecahkan rekod di padang bola sepak, tetapi kini dia boleh menambah satu lagi pencapaian dalam senarai anugerahnya. Hanya sehari selepas pemain bola sepak bintang itu menyambut hari lahirnya yang ke-37, Superstar Manchester United itu telah menjadi orang pertama yang melepasi 400 juta pengikut Instagram.
Ronaldo menjadi orang pertama mencapai 200juta pengikut pada Januari 2020, dan kini telah menyaksikan angka itu berganda dalam tempoh dua tahun sahaja.
Mengikuti jejak Ronaldo sebagai orang paling banyak diikuti di Instagram, Kylie Jenner menduduki tempat kedua dengan lebih 308 juta pengikut manakala rakan legenda bola sepak, Lionel Messi di tempat ketiga dengan 306 juta pengikut.
Instagram Ronaldo kebanyakannya mengenai keluarga, bola sepak dan promosi labelnya, CR7. Bintang bola sepak itu juga mempunyai 3,242 siaran, dengan purata 10 juta like untuk setiap post. Selebriti itu sendiri mengikuti hanya 500 akaun Instagram. Untuk rekod, Beliau mendapat purata 10 juta suka untuk setiap siarannya di Instagram.


