Intel dilihat telah melabur dalam teknologi blockchain dengan cip baharu yang direka untuk melombong mata wang kripto. Syarikat itu memberi tumpuan kepada ketahanan, dan merancang untuk membangunkan teknologi pengkomputeran paling cekap tenaga.
Blockchain Accelerator
Cip kripto pertama Intel, yang ia panggil sebagai “blockchain accelerator” telah dijangka siap untuk dijual pada lewat tahun ini. Intel berkata cipnya ialah “pemecut” cekap tenaga yang direka untuk mempercepatkan tugasan blockchain yang memerlukan sejumlah besar kuasa pengkomputeran dan dengan itu menggunakan banyak tenaga.
1000x lebih baik dari kad grafik
Kami menjangkakan bahawa inovasi litar kami akan menyampaikan pemecut blockchain yang mempunyai prestasi lebih 1000x lebih baik setiap watt daripada GPU mainstream untuk perlombongan berasaskan SHA-256
Raja Koduri, Naib Presiden Intel
Menurut laporan terbaru, cip kripto Intel pertama ini akan berbeza dengan model SoC semasa yang biasanya digunakan oleh pelombong blockchain. Jika anda tidak tahu apa itu SHA-256, ia adalah algoritma yang digunakan untuk mencipta token Bitcoin, serta syiling digital lain. Pada masa ini, tarikh keluaran tepat Intel SoC baharu masih belum disahkan.
Kesan pada alam sekitar
Perlombongan mata wang kripto, secara saintifik megakibatkan kesan buruk pada persekitaran dan juga telah menjadi kebimbangan besar. Oleh demikian, cip baharu Intel ini mungkin merupakan percubaan untuk menangani kesan negatif tersebut. Penggubal undang-undang di serata dunia telah membahaskan tentang cara menangani peningkatan penggunaan tenaga yang dikaitkan dengan perlombongan crypto, dan juga meminta syarikat Bitcoin untuk mendedahkan berapa banyak tenaga yang mereka gunakan.
Dijangka tiba pada akhir 2022
Buat masa ini, dua syarikat telah melakukan tempahan awal terhadap teknologi tersebut, termasuk syarikat perlombongan Bitcoin GRIID Infrastructures dan Block, iaitu syarikat teknologi kewangan milik Jack Dorsey yang dahulunya dikenali sebagai Square. Sebaliknya, pelbagai pakar mendakwa bahawa usaha Intel ini akan meningkatkan lagi persaingan dalam industri perlombongan Bitcoin ASIC. Intel berkata, maklumat lebih lanjut tentang cip itu akan tersedia di persidangan International Solid-State Circuits.


