Laman Khas Teknologi

Kanak-kanak zaman sekarang menggunakan gajet secara berlebihan

Zaman dahulu, bagi kanak-kanak yang masih kecil, mereka selalu bermain bersama kawan dan bagi yang nakal, mereka sering lakukan aktiviti yang lasak di luar rumah. Ini di angap seperti perkara yang biasa yang dilakukan budak-budak kecik pada waktu itu. Pada zaman dan era teknologi kini, kanak-kanak mula terdedah pada peranti pintar dan telah menunjukkan kesan sampingan yang membimbangkan.

Menurut pakar psikiatri perunding Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Nora Mat Zin, salah satu kesan masalah ini berlaku adalah persekitaran di dalam rumah akibat pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan kawalan pergerakan tealah mendorong kepada peningkatan besar-besaran dalam penggunaan gajet dan masa skrin dalam kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak menggunakan komputer dan Internet mereka untuk sesi PdPR (pengajaran dan pembelajaran berasaskan rumah) tetapi mereka juga terganggu dengan permainan dalam talian dan platform media sosial seperti Facebook, TikTok, YouTube dan sebagainya.

Pada masa kini juga, kanak-kanak telah mengalami perubahan tingkah laku dengan berubah menjadi lebih agresif, resah, gelisah dan sibuk dengan telefon pintar dan permainan Internetnya. Isu yang paling biasa dibangkitkan oleh ibu bapa adalah merujuk kepada ketagihan gajet di kalangan anak-anak mereka.

Mereka yang menghabiskan terlalu banyak masa pada peranti digital boleh mengalami sakit kepala, sakit leher, jangkitan mata dan kekurangan zat makanan, menurut laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Selain itu, ia akan menyebabkan mereka terdedah kepada pembulian siber dan pendedahan kandungan yang tidak sesuai yang boleh memusnahkan institusi kekeluargaan.

Demi mengurangkan ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak ini, masa skrin mereka perlu diuruskan dengan berkesan di dalam dan luar rumah. Tetapkan log masa Internet dan beritahu kanak-kanak tentang berapa banyak masa yang boleh mereka luangkan dalam talian setiap hari dan aktiviti Internet yang boleh mereka lakukan.

Semuanya akan menjadi baik jika anda menggunakannya secara positif dan beberapa langkah boleh diambil oleh ibu bapa tentang mengehadkan anak mereka kepada gajet. Penggunaan gajet dengan cara yang betul boleh membawa kepada minda yang lebih sihat dan produktif. Alat ini tetap sukar untuk disimpan jauh dari mereka, dan apa yang terbaik boleh dilakukan adalah mengehadkan masa pengunaan. Itu sahaja cara yang berkesan buat masa sekarang.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi