Laman Khas Teknologi

Kenapa Facebook bertukar nama kepada META

Facebook mahu berubah menjadi jenama dan syarikat yang membawa konsep baru.

Buat pertama kali dalam 17 tahun sejak diasaskan, Facebook bertukar kepada nama baharu. Pada 28 September 2021, di Persidangan Tahunan Connect, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg secara rasmi mengumumkan syarikat induk baharu iaitu Meta. Beliau kekal mengawal segala-galanya, dan masih lagi menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Syarikat tersebut. Beliau juga memberitahu media bahawa dia tidak bercadang untuk melepaskan jawatan teratas tersebut. Penjenamaan semula ini adalah, bagi mengukuhkan gergasi media sosial itu untuk menjadi “Metaverse”, nama yang dilhat sesuai dengan identiti baharu syarikat dan dilihat Zuckerberg sebagai masa depan internet.

Mengenai Metaverse, secara definisi, Metaverse ialah dunia masa depan Internet yang spekulatif, terdiri daripada ruang maya 3D yang berterusan dan berkongsi dengan alam semesta maya. Metaverse dalam erti kata lain, bukan sahaja merujuk kepada dunia maya, tetapi Internet secara keseluruhan, termasuk Realiti Maya (Virtual Reality) dan Realiti Tambahan (Augmented Reality). Perkara ini telah diusahakan oleh Mark Zuckerberg, dan beliau sendiri telah mencurahkan sekurang-kurangnya $10 bilion pada tahun ini sahaja, untuk membina Metaverse. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan pembelian syarikat Oculus Rift pada tahun 2014 yang lalu, dan menjadi fokus utama untuk mentransformasikan Alam Maya atau Virtual Reality (VR) kepada pengguna. Visi internet yang luas dan mendalam ini diinspirasikan oleh novel sci-fi seperti Snow Crash dan Ready Player One.

Tidak jelas sama ada penjenamaan semula kepada Meta ini akan mencapai apa yang disasarkan oleh Zuckerberg, tetapi tidak ada persoalan bahawa ia adalah langkah berani. Facebook yang juga pemilik platform Instagram dan Whatsapp menghadapi pesaingan yang kuat oleh platform popular seperti TikTok dan Youtube yang dilihat mencabar dominasi syarikat tersebut di pasaran internet. Perkara ini ditambah dengan pengawal selia kerajaan yang ketat di sesetengah negara, dan generasi baharu pengguna yang mahukan sesuatu yang berlainan. Metaverse menawarkan Mark Zuckerberg hala tuju yang sangat baru dan Meta mampu maksimakan syarikat untuk bergerak ke arah itu.

Namun begitu, apabila bercakap tentang pemmbinaan ekosistem baharu, beberapa isu harus diberi perhatian. Privasi adalah perkara yang sangat penting. Begitu juga dengan keselamatan, terutamanya jika anda berada dalam persekitaran alam maya ini. Facebook mempunya rekod yang buruk dan juga menghadapi banyak kontroversi terhadap beberapa perkara tersebut. Dengan segala perubahan teknologi dan sosial, diharap, entiti dan konsep yang baru ini akan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Secara keseluruhan, penjenamaan semula dan misi baru ini, akan memberi kesan kepada pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia. Beberapa tahun akan datang, kita akan melihat perubahan dari segi cara penggunaan sosial media yang berlainan dengan menggunakan konsep Metaverse yang diusahakan oleh syarikat Meta ini. Kebiasaanya, ini tidak akan menjadi kebimbangan dan memberi perhatian yang besar kepada pengguna sosial media, khususnya di Malaysia. Majoriti pengguna yang terdiri daripada golongan muda, hanya ingin menikmati keseronokan media sosial tanpa menghiraukan aspek yang lain.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi