Laman Khas Teknologi

Meta mengalami kerugian $230 billion dalam sehari

Harga saham dalam Meta, iaitu syarikat induk Facebook, WhatsApp, Instagram dan Meta Quest (Oculus), turun lebih daripada 25 peratus pada permulaan dagangan. Nilai kekayaan Mark Zuckerberg juga turun sebanyak $31 Billion. Dia kini mejadi orang Ke-10 terkaya di dunia. Perkara ini dijangka berlaku selepas Meta mendedahkan penurunan berurutan pertamanya dalam pengguna aktif harian di Facebook.

Kerugian terbesar

Pada masa pasaran ditutup, syarikat itu telah melihat nilai pasaran $230 bilion dihapuskan, catatan itu merupakan kerugian terbesar yang pernah dialami oleh sebuah syarikat AS dalam sehari.

Kejatuhan bersejarah itu, yang mengheret Nasdaq Composite yang sarat dengan syarikat teknologi di AS, turun 3.74% kepada 13,878.82 dalam dagangan semalaman. Ini juga merupakan hari terburuk sejak September 2020. Pesaingan Meta, iaitu Snap, dan Twitter yang kedua-duanya disenaraikan di Bursa Saham New York juga didagangkan lebih rendah.

Punca kejatuhan saham

Syarikat itu telah bergelut dengan pengaruh yang semakin berkurangan di kalangan golongan muda apabila Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg memfokuskan semula matlamatnya ke arah rancangan “metaverse”. Kerugian ini juga terjejas teruk oleh perubahan yang dibuat Apple pada dasar privasi iklannya. Meta juga berkata bahawa pengguna aktif harian Facebook telah menurun buat kali pertama dalam 18 tahun sejarah syarikat itu. Meta juga memberi amaran mengenai pertumbuhan hasil yang perlahan dalam menghadapi persaingan daripada platform termasuk TikTok dan YouTube, manakala pengiklan juga mengurangkan perbelanjaan mereka.

Kesan kepada Meta

Pada masa kini, Meta masih bernilai kira-kira $671 bilion dan melaporkan lebih $40 bilion keuntungan untuk tahun 2021. Meta masih lagi mempertaruhkan kepercayaannya bahawa metaverse adalah evolusi seterusnya tentang cara manusia hidup dengan internet.

Di negara Malaysia pula, walaupun kejatuhan harga saham bersejarah syarikat Meta telah mencetuskan penjualan meluas di Wall Street, perkara ini tidak memberi kesan kepada indeks syarikat Teknologi di Bursa Malaysia.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi