Laman Khas Teknologi

NanoMalaysia melancarkan kenderaan autonomi NAVi dan NAVi-D

Menteri sains, teknologi dan inovasi Datuk Seri Adham Baba hari ini melancarkan Kenderaan Autonomi NanoMalaysia (NAVi) dan NAVi-D. Usaha membangunkan kenderaan autonomi Tahap 4 di Malaysia ini, adalah inisiatif di bawah MOSTI melalui agensinya, NanoMalaysia. Kenderaan NAVi adalah untuk sektor pengangkutan, manakala NAVi-D mempunyai sistem yang memenuhi keperluan sektor penghantaran. Secara ringkas, NAVi-D ialah evolusi NAVi yang memfokuskan pada penghantaran makanan dan bungkusan.

SAE International menyifatkan autonomi Tahap 4 sebagai pemanduan yang tidak memerlukan perhatian untuk keselamatan dan mampu membrek dan meletakkan kereta dalam keadaan terhad tanpa campur tangan manusia. Sebagai rujukan, mod Autopilot pada kenderaan Tesla diklasifikasikan sebagai Tahap 2, yang masih memerlukan pemandu untuk memberi perhatian dan mengambil alih dalam pelbagai situasi.

Selain menyokong inovasi dan penerimaan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), NAVi juga bertujuan untuk menguruskan kadar dan punca kemalangan di Malaysia, yang semakin meningkat. Kementerian sains, teknologi dan inovasi juga mengambil peluang untuk menganjurkan projek National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), dalam usaha meningkatkan taraf keselamatan jalan raya melalui beberapa siri ujian di kawasan yang terkawal dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia, Rezal Khairi Ahmad berkata sektor pengangkutan penumpang akan menjadi matlamat jangka sederhana hingga panjang bagi setiap pihak dan penggunaan NAVi secara komersial adalah satu langkah bijak. Beliau juga berkata “NAVi akan mencipta sistem penyampaian yang lebih lancar dengan pengurangan kadar kemalangan daripada kesilapan manusia dan dapat menjimatkan masa sepanjang proses itu berlaku.”

NAVI kini sedang menjalani ujian di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil. Laluan 12 km dalam Fasa 1 hingga 3 TPM akan menjadi laluan untuk kenderaan autonomi, dan infrastruktur seperti papan tanda jalan, pusat kawalan dan sambungan 5G juga akan disediakan di sana.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi