Laman Khas Teknologi

Pemain e-sukan Ukraine tetap mendermakan wang kepada tentera negaranya walaupun kalah

Aleksandr Kostyliev atau nama popularnya ‘s1mple’, mendedahkan di Instagram Storiesnya bahawa dia telah memberikan 1 juta Hryvnia Ukraine sebagai sokongan kepada tentera yang sedang melawan pencerobohan Rusia yang sedang berlangsung.

Untuk makluman, Rusia telah memulakan pencerobohan ke atas Ukraine minggu lalu, dalam “operasi ketenteraan khas” yang telah membunuh ratusan orang awam yang tidak bersalah dan menyebabkan beribu-ribu meninggalkan rumah mereka.

Sebagai pemain CS:GO Ukraine untuk organisasi Esports Natus Vincere yang berpangkalan di Kyiv, Kostyliev jelas mempunyai hubungan peribadi yang mendalam dengan konflik di negaranya yang dilanda peperangan.

Apa yang membangakan, perkara tersebut dilakukan walaupun tersingkir dan tewas dalam persaingan merebut hadiah terbesar bernilai $1 juta di kejohanan e-sukan tahunan Poland, IEM Katowice.

Kita semua takut, dan kita semua perlu menunjukkan contoh pada kejohanan ini untuk seluruh dunia. Kami perlu kekal bersama sebagai satu unit kerana peminat kami, kerana rakan kami, kerana semua orang yang akan menonton kejohanan ini. Kita semua perlu kekal sebagai manusia dahulu

Aleksandr ‘s1mple’ Kostyliev

Walaupun ini mungkin derma yang paling menarik perhatiannya setakat ini, ini bukan kali pertama s1mple memberikan wang miliknya. Pada November 2018, dia menderma semua wang yang dihasilkan daripada kejohanan Liga Pro FACEIT kepada organisasi amal kesihatan lelaki, MovemberUK.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi