Sudah hampir sepuluh tahun sejak keluaran GTA 5, permainan video yang dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman. Peminat permainan ini merayu untuk meneruskan siri ikonik Rockstar Games ini. Menurut laporan syarikat itu, mereka telah mengesahkan bahawa permainan Grand Theft Auto (GTA) seterusnya sedang dalam pembangunan dan mungkin menjadi antara permainan video paling mahal pernah dihasilkan.
Kos GTA 6
Kos untuk mencipta GTA 6 dijangka menjadi paling tinggi dengan mudah mengatasi pendahulunya. Sebagai perspektif, anggaran jumlah kos GTA 5 adalah sekitar $265 juta pada tahun 2013.
Versi baru iaitu GTA 6 pula dikhabarkan menelan belanja sekitar $1 bilion, termasuk perbelanjaan pemasaran. Anggaran pembangunan permainan sahaja boleh menjadi sekurang-kurangnya $250 juta.
Jika angka-angka ini tepat, GTA 6 akan menjadi permainan paling mahal yang pernah dicipta, mengatasi pencapai semasa, permainan crowdfunded Star Citizen, yang telah dibangukan dengan kos kira-kira $500 juta.

Memandangkan peminat tidak sabar menunggu, kemas kini terbaru menjelaskan bahawa jangkaan untuk mendapakan permainan ini berada pada tahap tertinggi sepanjang zaman. Dengan bajet yang berpotensi memecahkan rekod, permainan ini bersedia untuk mencipta sejarah dalam industri and arena permainan video.