Laman Khas Teknologi

Platform media telah menyekat saluran dari Ukraine dan Rusia

Facebook, Youtube dan Twitter telah menyekat saluran media Rusia yang dikendalikan kerajaan daripada mengiklankan dan penjanaan wang kandungan pada platform di tengah-tengah konflik yang berterusan di Ukraine.

Facebook juga telah menubuhkan Pusat Operasi Khas untuk membantu rangkaian memantau dan bertindak balas terhadap konflik yang berkembang tersebut. Platform itu juga melancarkan “one-click tool” di Ukraine yang membolehkan pengguna mengunci profil mereka, menghalang sesiapa kecuali rakan daripada melihat siaran, foto dan Story mereka. Facebook melancarkan ciri yang sama semasa krisis di Afghanistan pada Ogos yang lalu.

Selain dari Facebook, Twitter sedang menahan buat sementara pada iklan di Ukraine dan Rusia untuk memastikan pembabitan maklumat keselamatan awam. Rangkaian sosial itu juga mengatakan ia sedang menyemak tweet secara proaktif untuk mengesan manipulasi platform dan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadapnya. Twitter juga sedang memantau akaun wartawan, pegawai kerajaan, aktivis dan akaun berprofil tinggi lain untuk menghalang pengambilalihan atau sebarang manipulasi.

Sementara itu, platform YouTube juga tekah menyekat saluran media Rusia yang disokong kerajaan daripada mengiklankan dan memperoleh wang di platform tersebut. Beberapa saluran ini , termasuk RT, juga akan dihadkan di Ukraine yang berpotensi sebagai tindak balas kepada seruan menteri digital Ukraine supaya YouTube menyekat propaganda Rusia di platform itu.

Sejak itu Rusia telah mengehadkan akses kepada Facebook dan Twitter. Buat masa sekarang, Rusia belum menyekat YouTube lagi dan pihak Rusia juga telah membuat ancaman untuk mengharamkan sepenuhnya platform itu.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi