Laman Khas Teknologi

Pencapaian persidangan iklim COP26

Sidang kemuncak iklim global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Glasgow, Scotland, berakhir dengan persetujuan di kalangan hampir 200 negara untuk mempercepatkan usaha memerangi krisis iklim dan komited kepada janji iklim yang lebih tegas. Persidangan dua minggu itu berakhir dengan beberapa pencapaian penting, termasuk ikrar baharu mengenai pencemaran gas metana, penebangan hutan, pembiayaan arang batu, serta peraturan yang lama ditunggu-tunggu mengenai perdagangan karbon dan perjanjian Amerika Syarikat. dan China yang ketara. Sidang kemuncak itu juga ditutup dengan gesaan kerajaan untuk kembali pada 2022 dengan ikrar yang lebih kuat untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menyediakan lebih banyak pembiayaan yang tersedia untuk negara yang paling terdedah kepada perubahan iklim.

Lebih daripada 100 negara kini telah menyertai gabungan yang diketuai Amerika Syarikat dan E.U. untuk mengurangkan 30% pelepasan gas metana menjelang 2030 daripada paras 2020. Satu langkah penting ke arah mengehadkan salah satu punca utama perubahan iklim. Ikrar itu termasuk enam daripada 10 pemancu gas metana terbesar di dunia iaitu Amerika Syariakt, Brazil, Indonesia, Nigeria, Pakistan dan Mexico. Tetapi China, Rusia dan India, yang bersama-sama merangkumi 35% daripada pelepasan metana global, tidak menyertai gabungan itu.

Sesetengah pakar kecewa dengan perubahan pendapat mengenai arang batu. Perjanjian itu masih lebih baik daripada tiada dan memberikan kemajuan tambahan dalam peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga bersih. India dan China, beberapa daripada pembakar arang batu terbesar di dunia, mendesak perubahan saat-saat akhir bahasa bahan api fosil dalam pakatan untuk menukar fasa arang batu mereka. Negara terbabit ini menentang permintaan itu tetapi akhirnya akur dengan keputusan majoriti.

Amerika Syarikat dan China, dua pemancar karbon terbesar di dunia, bersetuju untuk bekerjasama demi menghalang pemanasan global daripada melepasi 1.5 darjah Celsius dan memastikan kemajuan itu terhasil daripada persidangan itu. Perikatan antara pesaing ketara ini mengejutkan perwakilan dari setiap negara semasa sidang kemuncak itu. Pihak lain seperti para saintis iklim, pakar undang-undang dan ahli politik berpendapat bahawa perjanjian terakhir dari Glasgow ini tidak mencukupi untuk menangani krisis iklim.

Semua negara-negara akhirnya bersetuju untuk mengemukakan sasaran 2030 yang lebih sukar pada tahun depan dan mengemukakan strategi jangka panjang untuk membantu peralihan kepada pelepasan sifar bersih menjelang pertengahan abad untuk mengelakkan akibat buruk perubahan iklim yang sedang berlaku pada masa kini.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi