DC Comics telah mengetengahkan ahli virologi dan mikrobiologi Malaysia, Profesor Khatijah Mohamad Yusoff, dalam antologi novel grafik yang baru bagi meraikan ulang tahun ke-80 superhero Wonder Woman.
Wonder Women Of The World
Wonder Woman iaitu tentang seorang wanita dari Amazon yang nama awamnya ialah Diana Prince. Beliau ialah ahli pengasas Liga Keadilan dengan kekuatan super dan senjata ajaib yang menggalakkan keamanan, keadilan dan kesaksamaan.
Komik “Wonderful Women of the World” setebal 202 muka surat oleh penerbit buku komik terkenal Amerika, diterbitkan pada September tahun ini, memaparkan cerita dan ilustrasi 23 “wanita perintis” dari seluruh dunia dalam bidang sains, sukan, aktivisme, dan diplomasi, antara lain, daripada ikon tenis Serena Williams, penyanyi superstar Beyoncé, angkasawan Ellen Ochoa dan mendiang Hakim Mahkamah Agung AS Ruth Bader Ginsberg.
Antologi komik ini adalah tentang wira dunia sebenar yang memegang mantel Puteri Diana of Themyscira yang mempunyai lima bahagian berbeza iaitu Kekuatan, Belas Kasihan, Keadilan, Kebenaran dan Kesaksamaan.
Lakran saintis dari Malaysia iaitu Profesor Khatijah, dipaparkan di bahagian “Kebenaran”, bersama aktivis perubahan iklim dan pendidik Francisca Nneka Okeke dari Nigeria, aktivis orang kurang upaya Amerika Judith Heumann, dan saintis air Brazil Márcia Barbosa.
Siapa Professor Khatijah
Saintis dari Malaysia ini adalah salah seorang wanita yang diraikan ialah Profesor dari Malaysia sendiri iaitu Khatijah Mohamad Yusoff, seorang ahli akademik dan ahli virologi. Beliau terkenal dengan penyelidikan tentang bagaimana virus ayam itik Newcastle Disease Virus (NDV) boleh digunakan untuk merawat kanser yang telah diiktiraf di seluruh dunia.
Profesor Khatijah telah memainkan peranan penting di UPM, pernah berkhidmat sebagai bekas dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul universiti awam itu, antara sumbangannya yang lain. Beliau juga telah menerima banyak anugerah untuk kerjanya dan pada tahun 2005, telah dianugerahkan Hadiah Carlos Finlay Unesco untuk mikrobiologi, saintis Asia kedua yang memenangi anugerah itu.

Komik yang diilustrasikan oleh artis tempatan Nur Hanie Mohd, menonjolkan karya Khatijah yang luas mengenai Virus Penyakit Newcastle (NDV), virus ayam yang tidak berbahaya kepada sel manusia, yang boleh digunakan sebagai rawatan alternatif untuk kanser. Cerpen itu juga memaparkan karya penulis Amanda Deibert dan penulis warna Shari Chankhamma.


