Shopee syarikat e-dagang yang popular di Malaysia, telah melancarkan perkhidmatan tempahan teksi di Indonesia selepas menandatangani perkongsian dengan pengendali teksi tempatan Blue Bird.
Konsep perkhidmatan ini adalah seperti perkhidmatan pengangkutan lain seperti Gojek dan Grab di Indonesia, dimana pelanggan boleh membayar perkhidmatan teksi dengan pelbagai kaedah pembayaran bukan tunai dalam aplikasi Shopee, termasuk e-wallet ShopeePay.
Shopee dan Blue Bird
Sebelum perkongsian ini bermula, Shopee dan Blue Bird telah bekerjasama dalam beberapa bidang seperti firma teksi yang membenarkan penggunanya menggunakan ShopeePay untuk menjalankan transaksi dalam aplikasi MyBluebird. Selain itu, pengguna Shopee boleh menggunakan perkhidmatan logistik Blue Bird sebagai salah satu kaedah penghantaran pada aplikasi.
Syarikat Blue Bird
Ditubuhkan pada tahun 2001, Blue Bird ialah syarikat pengangkutan awam yang terdapat di 18 bandar di seluruh Indonesia. Selain daripada perkhidmatan teksinya, syarikat itu juga mempunyai perniagaan sewa kereta dan bas. Pada tahun 2020, syarikat teksi itu melabur dalam Gojek, yang baru bergabung dengan Tokopedia iaitu pesaing utama Shopee di Indonesia. Pada masa yang sama, Gojek juga telah melabur AS$30 juta kepada Blue Bird untuk memperoleh pegangan minoriti dalam perniagaan itu.
Perkhidmatan teksi baharu itu termasuk dalam kategori pengangkutan yang ditubuhkan pada tahun 2001. Blue Bird ialah syarikat pengangkutan awam yang terdapat di 18 bandar di seluruh Indonesia. Selain daripada perkhidmatan teksinya, syarikat itu juga mempunyai perniagaan sewa kereta dan bas.

Teksi Shopee di Malaysia
Pada masa sekarang, perkhidmatan teksi ini belum beroperasi di Malaysia. Shopee baru-baru ini melancarkan khidmat Shopee Food sebagai servis penghantaran makanan di dalam negara. Tentunya sangat menarik bagi Shopee yang begitu dominan di dalam sektor e-dagang Malaysia untuk melancarkan perkhidmatan teksi yang boleh bersaing dengan Grab, yang masih menjadi perkhidmatan teksi pilihan ramai di Malaysia.


