Paten terbaharu oleh Sony Interactive Entertainment, mencadangkan bahawa Controller jenis baharu mungkin dihasilkan. Jika peranti sedemikian berjaya diwujudkan, ia boleh digunakan bersama telefon pintar untuk bermain permainan PlayStation. Untuk makluman, Controller PlayStation sudah serasi dengan peranti mudah alih melalui sambungan Bluetooth.
Paten juga menunjukkan pengawal sama seperti PlayStation 4 Dualshock. Terdapat bahagian yang terbahagi kepada dua dengan setiap separuh pada kedua-dua sisi skrin. Ini adalah hampir serupa dengan skrin konsol di Nintendo Switch Joycons.

Seperti biasa, dengan melalui paten, kita tidak tahu sama ada ia akan menjadi produk sebenar. Sekurang-kurangnya, ia menunjukkan bahawa Sony tidak berputus asa dengan usaha meningkatkan penggunaan platform telefon pintar mereka.


