Laman Khas Teknologi

Sony memberhentikan produksi dan pesanan kamera akibat kekurangan cip

Sony menerusi laman webnya mengumumkan penggantungan pesanan untuk salah satu produk kamera mereka. Kamera yang terlibat adalah, Sony ZV-E10, iaitu kamera vlog mirrorless yang dikeluarkan oleh syarikat pada bulan Ogos lalu. Syarikat elektronik Jepun itu menyiarkan notis melalui papan kenyataan awal bulan ini yang memetik kekurangan cip global yang berterusan sebagai sebab utama keputusannya.

Seperti juga setiap industri lain pada waktu ini, syarikat kamera sedang bergelut untuk mengeluarkan produk yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna. Pada bulan Jun, Nikon juga memberhenti berberapa penjualan kamera seperti Z7 dan Z7 II, kerana ia tidak mempunyai bahagian yang mencukupi. Canon juga telah mengumumkan kelewatan penghantaran sehingga setengah tahun apabila anda memesan EOS R3 baharunya. Kelewatan penghantaran turut melanda Fujifilm untuk kamera X-S10 dan beberapa peralatan yang lain awal tahun ini.

Di dalam situasi Sony, mereka mengatakan bahawa kekurangan itu telah menyebabkan kelewatan dalam pemerolehan alat ganti untuk “produk pengimejan digital” dan bahawa ia “memohon maaf” atas kelewatan itu. Alasan ini boleh dikatakan munasabah dan sukar untuk menyalahkan syarikat kamera kerana mereka juga terkesan dengan permintaan silikon yang tinggi pada masa sekarang.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi