The Matrix Awakens ialah “pengalaman” Matrix baharu yang akan datang ke PlayStation 5 dan Xbox Series X, menurut entri untuk demo yang kini tersedia untuk dimuat turun di PlayStation Store dan Xbox Games Store.
Dibangunkan oleh ahli pasukan filem Matrix sendiri, termasuk pengarah Lana Wachowski, The Matrix Awakens menampilkan persembahan oleh pelakon filem, Keanu Reeves dan pengalaman ini dibina khas menggunakan Unreal Engine 5.
Demo teknikal Unreal Engine 5 ini menunjukkan kemampuan enjin generasi akan datang. Bagi kebanyakan orang, ini akan menjadi peluang pertama untuk melihat Unreal Engine 5 sejak dipersembahkan pada pertengahan tahun lepas dengan demo PS5 yang mengagumkan.
Demo terbaru ini telah sedia untuk dimuat turun, tetapi pengalaman penuh akan didedahkan dan boleh dimainkan mulai 9 Disember di The Game Awards.


