Laman Khas Teknologi

Video pendek adalah cara terbaru untuk menarik minat orang ramai

Video berdurasi pendek telah banyak menarik lebih ramai pengguna di pasaran media. Platform ini juga telah menarik banyak pengguna baharu, kerana kajian baharu menunjukkan bahawa kebanyakkan pengunna media sosial telah menyiarkan sekurang-kurangnya satu video pendek pada tahun ini. Medium ini adalah cara baharu untuk membina komuniti yang bertindak sebagai platform media sosial yang mudah digunakan.

Industri video pendek khususnya, telah berjaya meningkatkan kehidupan pencipta kandungan berbakat dengan memberi mereka peluang untuk menyampaikan idea mereka. Antara platform yang popular untuk video pendek ini adalah Tiktok, Instagram Reels dan juga Youtube shorts.

.Segala jawapannya terletak pada format, yang seperti yang dinyatakan sebelum ini, telah berhubung dengan baik dengan pengguna yang lebih muda. Mengambil formula paltform Vine yang menemui kejayaan besar pada awal 2010-an, sebelum penutupannya , format video terhad selama 60 saat atau kurang membuatkan pengguna untuk menggunakan kreativiti dalam cara mereka tersendiri. Orang ramai boleh memilih daripada rangkaian filter dan edit, “mencantum” video daripada pencipta lain dan menggabungkan pelbagai bunyi dan muzik. Sama ada dalam bentuk komedi, maklumat, hiburan atau kandungan lain. Video yang lebih pendek telah membawa kepada beberapa hasil yang hebat, kelakar dan kadang kala, benar-benar pelik, dengan beberapa video paling aneh juga turut menjadi tular.

Bagi pengguna, kemudahan platform video pendek adalah satu peluang yang menarik. Agak sukar bagi kebanyakan pencipta kandungan untuk memuat naik video panjang, kerana penonton sering tidak berminat untuk menonton video yang panjang. Melayani penonton atau peminat di platform ini ialah langkah seterusnya selepas membuat dan menyiarkan kandungan. Selain daripada membalas komen pada video anda sendiri, melibatkan diri dengan penonton anda juga penting untuk meningkatkan populariti dan kualiti jenama.

TikTok, Instagram Reels atau Youtube Shorts, telah menyerlahkan trend video pendek. Jika anda telah bertanya kepada sesiapa tentang aplikasi ini beberapa tahun yang lalu, tiada siapa yang akan tahu apa yang akan berlaku. Kini ianya adalah salah satu pemain utama, dengan ramai pemain besar industri cuba untuk menyesuaikan dan mengikuti perkembangan platfrom ini, dan jika mereka menggunakan video pendek ini, pasti orang lain juga akan mengikutinya.

Sila Kongsi Artikel Ini

Baca Lagi